Friday 14 September 2012

Diriku Atau Dirimu?

Mungkin hari ini saya ingin meluahkan perasaan yang telah lama terpendam. Tentang persahabatan 3 segi. Antara saya, Diana dan Farah. Mengapa Farah mahu merampas kawan orang? Mengapa saya jealous kalau Diana berkawan dengan Farah? Ish..Apa yang terjadi kepada saya ini? Tidak tentu arah dibuatnya! Saya tidak tahu mahu berkawan dengan siapa? Diana atau Farah? Diana sebagai kawan baik saya, tidak mungkin mahu memutuskan persahabatan begitu sahaja. Farah? Farah ialah musuh ketat saya yang bila-bila sahaja boleh memutuskan persahabatan bersama dia. Maaf eh Farah kalau saya buat awak sakit hati dengan pernyataan saya ini. Tapi, saya memang beritahu hakikat yang sebenar. Walaupun, awak baik pada kawan-kawan yang lain, mengapa kawan saya pun awak nak rampas? Awak ada berduyun-duyun kawan dekat sekolah agama kan? Kenapa kawan saya juga awak mahu rampas? Membuatkan saya sedih dan tidak tentu arah memikirkannya. Sedih saya tahap melihat cerita drama Korea yang sedih bagaikan dalam hati ada hujan...:'(

1 comment:

  1. sabarlah perkara ini pernah terjadi pasa Zati.. Zati rasa, natasya perlu bersabar.. cuba berkawan dengan mereka berdua secara perlahan-lahan.. pasti boleh jika tidak putus asa..

    ReplyDelete