Friday 14 September 2012

Diriku Atau Dirimu?

Mungkin hari ini saya ingin meluahkan perasaan yang telah lama terpendam. Tentang persahabatan 3 segi. Antara saya, Diana dan Farah. Mengapa Farah mahu merampas kawan orang? Mengapa saya jealous kalau Diana berkawan dengan Farah? Ish..Apa yang terjadi kepada saya ini? Tidak tentu arah dibuatnya! Saya tidak tahu mahu berkawan dengan siapa? Diana atau Farah? Diana sebagai kawan baik saya, tidak mungkin mahu memutuskan persahabatan begitu sahaja. Farah? Farah ialah musuh ketat saya yang bila-bila sahaja boleh memutuskan persahabatan bersama dia. Maaf eh Farah kalau saya buat awak sakit hati dengan pernyataan saya ini. Tapi, saya memang beritahu hakikat yang sebenar. Walaupun, awak baik pada kawan-kawan yang lain, mengapa kawan saya pun awak nak rampas? Awak ada berduyun-duyun kawan dekat sekolah agama kan? Kenapa kawan saya juga awak mahu rampas? Membuatkan saya sedih dan tidak tentu arah memikirkannya. Sedih saya tahap melihat cerita drama Korea yang sedih bagaikan dalam hati ada hujan...:'(

Tuesday 4 September 2012

Segmen Tutorial Fesyen Muslimah Bersama Natasya!

Assalamualaikum dan selamat datang korang! Hari ini, saya akan merasmikan segmen saya sendiri di blog ini iaitu Segmen Tutorial Fesyen Muslimah Bersama Natasya. Setiap hari, pasti akan ada tutorial yang hebat untuk kamu pelajari untuk menutup aurat kerana itu perkara wajib. Kamu semua pasti teringin untuk belajar cara memakai tudung Hana Tajima, Yuna, dan sebagainya kan? Alaa, kalau kamu semua tidak beritahu saya juga saya sudah tahu. Kamu semua pasti teringin kan? Baiklah, kita teruskan lagi. Tidak terlupa, saya juga sudah menyediakan jadual untuk segmen yang akan datang ini. Segmen ini akan berlangsung minggu hadapan.



Inilah jadual untuk segmen yang akan datang ini. Saya harap ada seorang pun jadilah untuk menjawab quiz setiap hari Jumaat. :)

Salam Hormat,
Natasya Alia.


Natasya Storylife: Novelista Popular...:)

Assalamualaikum! Apa khabar kamu semua? Sihat? Saya baru sahaja buat blog peribadi saya. Saya mahu followers saya tahu apa kehidupan saya dan kejadian-kejadian yang berlaku selama usaha saya menjadi novelis yang popular ini. Wahh, tinggi betul cita-cita saya kan? Menurut Kak AinMaisarah, iaitu idola saya, jikalau mahu menjadi novelis sehingga orang tabik springg dengan dia, mestilah guna BMT supaya sempurna. Lagipun, Kak Ain menggalakkan novelis comel beliau menggunakan BMT. Kamu semua tahu tidak apa itu BMT? BMT bermaksud Bahasa Melayu Tinggi. Maksudnya, menggunakan Bahasa Malaysia dengan sempurna dan tiada singkatan perkataan SMS. Contohnya:-

Dia - Dya/Dier/Die
Aku - Aq/Ak/Akuw
Kan - Ann/An
Lah - Arr/Aa/Lha/Lh
Eh? - Ea?/ Eyh?

Oh ya, sebelum terlupa saya mahu memperkenalkan diri saya. Nama saya Natasya Alia. Berumur 10 Tahun dan bercita-cita menjadi pramugari ataupun novelis. Tetapi nenek dan keluarga yang lain menyokong saya menjadi pramugari. Hanya mama saya sahaja tidak setuju untuk saya menjadi pramugari. Kamu semua perasan tak singkatan "Die" untuk perkataan "Dia" itu bermaksud mati atau meninggal dalam bahasa inggeris? Saya juga pelik. Mengapa mereka berkata dan menulis seperti itu? Setahu saya "die" itu "mati" atau "meninggal" dalam Bahasa Inggeris. Haih...Apa nak jadi dengan budak-budak zaman sekarang ini kan. Malahan, di Facebook saya pun saya menggunakan BMT. Kerana menggunakan BMT lagi bagus dari menggunakan bahasa singkatan SMS. :) Baiklah, sampai sini sahaja dahulu entri saya pada malam ini. Selamat Datang Blog Peribadi Baru! Hahahax..

Salam Hormat,
Natasya Alia.